Sempena menyambut Ulangtahun AFATS 13 ke 30, saya Wak K seisi keluarga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus mengusahakan majlis tersebut dari mula perancangan hinggalah ianya berjaya dilaksanakan. Hasil pertemuan kita yang hadir walau tidak semua sahabat kita yang ada bersama, sekurang-kurangnya dapat mengetemukan kembali hubungan kita yang terputus mungkin ada hampir 30 tahun tak jumpa. Wak sendiripun masih ada yang tak ingat sahabat-sahabat kita yang sudah lama tak jumpa. Dengan pertemuan yang amat bermakna ini, sekurang-kurangnya Wak dapat mengingati kembali dan kenangan lama kita yang tersimpan dapat dikenang kembali. Walau apapun, majlis tersebut amat bermakna bagi Wak kerana mungkin memang sejak kita berpisah dari AFATS 13 dulu, sehingga kini memang tidak pernah bertemu dengan sahabat kita yang bukan dari TUDM. Walau selepas kita bersara atau tamat perkhidmatan, ada yang terus bekerja makan gaji dan ada bekerja sendiri. Semua itu adalah rezeki masing-masing kan? Walau apapun, kita semua tidak ada yang kebuluran kan? Tahniah kepada sahabat kita yang mempunyai zuriat ramai. Semua itu adalah rezeki dari Allah. Apapun Wak tetap sokong perjuangan untuk menyatukan kita dalam Kumpulan AFATS 13. InsayaAllah, jika ada rezeki nanti kita tetap buat majlis yang serupa tetapi meriah, mungkin dilokasi lain pula. Kita boleh rancangkan nanti. Terima kasih kepada Pengerusi, P5, setiausaha, bendahari dan semua AJK terlibat.
Sekian dari Wak K dan Keluarga
(530799) Ipoh Perak
Tel: 019-5563390
Rabu, 21 April 2010
Langgan:
Catatan (Atom)